Search This Blog

Saturday, February 26, 2011

Koleksi Soalan Percubaan

Tahukah anda terdapat koleksi soalan percubaan UPSR, PMR, dan SPM di mana ia merupakan modul khas dalam Score A Programme?

Modul ini diberi nama eTrial Exam. Tahukah anda, dari manakah koleksi soalan percubaan ini diperolehi? Koleksi soalan percubaan ini diperolehi daripada sekolah-sekolah bestari seluruh Malaysia.

Koleksi soalan percubaan ini merupakan koleksi yang amat penting untuk membantu pelajar berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan besar mereka semaada UPSR, PMR, dan SPM.

Ini kerana panel set soalan-soalan peperiksaan sebenar untuk Kementerian Pelajaran Malaysia datangnya dari guru-guru sekolah bestari. Mereka merupakan penggubal soalan peperiksaan sebenar. Set soalan percubaan ini mirip seperti set soalan peperiksaan sebenar.

Saya yakin sebagai ibu bapa yang amat menitik beratkan pelajaran anak-anak dan ingin memastikan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi ini.

Sila hubungi saya di talian 0133407576 untuk penerangan lanjut. Ayuh kepada ibu bapa prihatin! Dapatkan set soalan percubaan UPSR, PMR, dan SPM ini dengan melanggan Score A Programme.

Tuesday, February 15, 2011

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami.  Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Soalan Lazim

Apakah Score A Programme™?
Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.

Apakah Pembelajaran Input?
"Pembelajaran Input" adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan "Pembelajaran Input". Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya "Pembelajaran Input", dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, anda perlu "Pembelajaran Output" .

Apakah Pembelajaran Output? 
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.

Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif

Kenapa eReport Card dalam Score A Programme™ penting?
eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.

Apakah aras dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme™?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Score-A Programme™, dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 3. Score-A Programme™ juga merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Score-A Programme™ direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR dan PMR.

Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.

Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

Mengapakah Score A Programme™ hanya menumpu pada soalan dalam bentuk objektif?
Kerana Score A Programme™ menggunakan teknik Pembelajaran Output dan menguji para pelajar atas tahap pengetahuan dan kefahaman mereka menerusi dalam bentuk objektif.

Adakah bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani Score A Programme™ berpatutan?
Ya, Score A Programme™ adalah satu program yang mampu diguna oleh semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat.
i. Harga Score A Programme™ berdasarkan "satu keluarga". Oleh itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga, yuran pembayaran akan lebih murah. 
ii. Score A Programme™ membenarkan setiap pengguna untuk berlatih dengan soalan peperiksaan yang tersedia berulang kali dengan tidak terhad, tanpa perlu membayar wang yang lebih. Program ini adalah berdasarkan konsep - "berlatih mencapai kesempurnaan"
iii. Score A programme™ memberi peluang kepada setiap pengguna ke tahap-tahap berlainan.

Peluang Perniagaan

Bolehkah Anda Mendapat Pendapatan Dengan Score A?

Soalan ini sering ditanya kepada mereka yang ingin membuat duit dengan program Score A. Bolehkah anda betul-betul buat duit dengan program Score A ini?
  • Kita lihat beberapa fakta tentang program Score A.
  • 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Ada 750,000 soalan di dalam bank soalan
  • Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan
  • Boleh diakses di mana-mana sahaja asalkan ada Internet. di Cyber Cafe, di rumah, di Starbucks, atau cafetaria yang ada Internet. Anda boleh memasuki laman web Score A 24 jam sehari, bila-bila masa yang anda mahukan.
Produk keperluan: semua ibu bapa di Malaysia mahukan bahan pembelajaran terbaik untuk anak mereka
        • Perniagaan yang baik dengan membantu anak anda dan anak orang.
        • Komisyen amat lumayan.
        • Tidak ada kos fizikal, hanya jual nombor.
        • Modal sekali, untung banyak kali.
    • Contoh perniagaan berjaya dengan model perniagaan ini ialah Astro, syarikat komunikasi seperti Maxis, Celcom, dan Digi.
    • Perniagaan ini juga mempunyai pasaran yang amat besar.
    • lebih daripada 500 ribu pelajar tahun 1 masuk sekolah setiap tahun.
    • Terdapat 5 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 3.
    • lebih daripada 410 ribu pelajar menduduki PMR setiap tahun. Mungkin kawan anda, saudara anda, bahkan anak anda sendiri akan melaluinya.
    • Peter Drucker, orang yang mencipta terma "knowledge worker", orang yang digelar oleh BusinessWeek pencipta pengurusan perniagaan mengatakan bahawa WEBUCATION, the fast growing Business Opportunity. Ini menunjukkan pembelajaran online adalah sesuatu yang telah dijangkakan akan meletup suatu hari nanti (dan ya, sekarang ianya memang sedang berkembang pesat) .
Salah satu sebab kenapa ramai sangat orang tidak membuat duit dengan program Score A ialah mereka tak tahu apa yang patut mereka buat untuk mendapatkan pelanggan. Itu tidak sepatutnya berlaku.

Dengan sistem yang betul, anda boleh mendapat pendapatan lumayan melalui program ini. Untuk maklumat lanjut sla hubung saya (Jaja) di 013-3407576 atau email di slieza2711@gmail.com.

Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk mendapat pendapatan lumayan dengan program Score A ini.

Monday, February 14, 2011

MLM Di Sudut Syariat : MLM YANG HALAL DAN YANG HARAM

Oleh: Ust. Ahmad Adnan Fadzil

(Dipetik dari blog Soal-Jawab Agama:http://ilmudanulamak.blogspot.com, kendalian Ust. Ahmad Adnan Fadzil)

Soalan;
Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?

Jawapan;
Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.

Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus.

Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;

1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.


Saling meredhai
Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).

Syarat-syarat bagi akad perniagaan
Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah;
1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.

Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan
Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu;
a) Membantu kepada perbuatan maksiat
b) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan
c) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasan
d) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)

Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;
(1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.
(2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
(3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).


Antara contoh penipuan ialah;
( a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
(b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
(d) Mengurangi timbangan
(4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna.
Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)
Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.


Syarat-syarat yuran keahlian
Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;
1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.
Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).


Bonus
Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah).
Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;
1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)

Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.

Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;
1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh.
Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.

Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus
Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).

Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.

Jauhi “Sistem Piramid”
Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.

Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah;
1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.


Harga barangan/produk
Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli.
Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).
Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;
a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran.

Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.

Wallahu A’lam.

Rujukan;
1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)

Pemilik Blog

Saliza Salihuddin adalah pengedar sah Score A Programme daripada syarikat Kenshido International Sdn. Bhd dan pemilik blog ini.

Score A Programme adalah program tusyen untuk pelajar mengulangkaji dan membuat latih-tubi secara online.

Score A Programme meliputi silibus dari tahun 1 hingga tingkatan 5 merangkumi setiap topik dalam semua matapelajaran.

Dengan bantuan SMS Report Card, Score A Programme dapat membantu ibu-bapamemantau prestasi anak-anak secara lebih efektif dan amat sesuai untuk ibu-bapa yang sibuk kekerja.

Score A Programme telah membantu ribuan pelajar mendapat keputusan cemerlangdalam pelajaran mereka berdasarkan rekod 8 tahun testimoni kejayaan pelajar yang diterbitkan setiap tahun.

Di antara matlamat Score A Programme dan pemilik blog ini ialah:
  • menyediakan kaedah pendidikan yang BERKUALITI dengan harga yang AMAT MURAH
  • membantu PELAJAR CEMERLANG dalam pelajaran mereka
  • MENGURANGKAN beban KOS PENDIDIKAN kepada ibu bapa
  • membantu ibu bapa MEMANTAU tahap PELAJARAN ANAK dengan cara yang LEBIH BERKESAN
  • memudahkan GURU MENILAI dan memperbaiki PRESTASI pelajaran PELAJAR
  • menggalakkan ibu bapa menggunakan Score A Programme secara PERCUMA
  • memberikan PELUANG kepada mereka yang ingin MENJANA PENDAPATAN dengan menjadi pengedar dan perunding pendidikan Score A Programme
Bagaimana saya boleh membantu anda? Sila hubungi saya di talian 0133407576 untuk penerangan lanjut mengenai Score A Programme atau boleh mengisi form di bawah. Saya, pemilik blog ini akan menghubungi anda secepat mungkin.

Friday, December 31, 2010

Output Learning vs Input learning

The key to accomplishing good grades is Output Learning - the ability to retrieve and apply what you have studied or learnt. Too many students do only Input Learning - reading, studying, memorising & listening are only Input Learning - that is why students get average marks.

To excel, your children need Output Learning™. Discover how we coach your children using Output Learning™ techniques at our eLearning Centres.

We have invested four years of research and development in this ultimate Output Learning™ tool that have been carefully designed to be in line with the schoolcurriculum set by the Ministry of Education.

We will help and guide your children to - BE EXAM READY & SCORE A's and endeavour the impossible to improve their work. Practice makes perfect. The will to succeed is important but what's even more important is... the will to prepare. Come examination day, your children will sail through the challenge with confidence and Score A's.

To find out how we coach your children at our centres, call us at 0133407576 / 0136131631

Tuesday, November 30, 2010

Test SCORE-A - Live



Sekiranya anda betul2 berminat, boleh call saya utk dapat login id agar dapat test SCORE-A secara live.....




Monday, November 29, 2010

BE EXAM READY & SCORE A's


The key to accomplish good grades is Output Learning™ - the ability to retrieve and apply what you have studied or learnt. Many students do only Input Learning - reading, studying, memorising & listening are only Input Learning - that is why students get average marks.

To excel, your children need Output Learning™. Discover how we coach your children using Output Learning™ techniques.

We have invested four years of research and development into this ultimate Output Learning™ tool that has been carefully designed to be in line with the school curriculum set by the Ministry of Education.

We will help and guide your children to - BE EXAM READY & SCORE A's and endeavour the impossible to improve their work. Practice makes perfect. The will to succeed is important but what's even more important is... the will to prepare. Come examination day, your children will sail through the challenge with confidence and Score A's.

PORTAL PENDIDIKAN SCORE A


TUISYEN MELALUI INTERNET

• Penggunaan mudah, canggih & tanpa had
• Bila-bila masa - 365 hari setahun, 24 jam sehari


SEKOLAH RENDAH (Darjah 1- 6, UPSR)
SEKOLAH MENENGAH (Ting 1- 3, PMR) & (Ting 4&5, SPM)


KELEBIHAN
• e-Topic – Soalan berdasarkan topik mengikut subjek
• e-Assessment – Soalan berdasarkan subjek yang dipelajari
• e-Trial Exam – Soalan percubaan dari sekolah terpilih
• e-Past Year Exam –Koleksi set soalan peperiksaan UPSR & PMR tahun-tahun lepas yang sebenar dari tahun 93!


CIRI-CIRI UNIK
• Kamus Online / e-Dictionary
• Nota Online / e-Notes (Peta Minda)
• Instant Marking / Pemeriksaan Segera
• Coundown Timer 
• Instant Result / Keputusan Segera
• SMS Report Card
• e-Report Card


DEMO ONLINE http://www.scorea.com (demo id: 82828)


KADAR YURAN Pakej satu keluarga 

  • Set Permulaan (RM796)
  • Langganan untuk 1 tahun
  • FOC iTeacher
  • 2 Activation Code (eRC) untuk 2 orang anak



Setiap anak WAJIB mendaftar  eRC [tambahan RM50 (anak 3/4/5 etc) - sekali seumur hidup]
Top up RM348 bagi semua anak bagi semua subjek selama 6 bulan


PENDAFTARAN – 3 Langkah


Langkah 1 
Maklumkan kepada Jaja 013-3407576


Langkah 2
Bank in pendaftaran : RM 796
3 anak: RM846, 4 anak: RM896, 5 anak RM946
MAYBANK : - Sila sms sblm bank in


Langkah 3
Hantarkan maklumat berikut kepada 0133407576 atau slieza2711@gmail.com


Nama Ibu/Bapa IC no, Alamat, No Poskod, 
No Tel, E-mail , Parent ID & password(>5huruf) 
Nama Anak, Umur, Darjah/Tingkatan, Nama Sekolah Child ID & password(>5huruf) 


Berikut merupakan harga program Score A ini:-


Pakej Premium untuk Para Pengguna:








PAKEJ PENGGUNA ** Tiada Penjimatan

  • Penggunaan selama 6 Bulan untuk semua 1 anak
  • HARGA SEBENAR RM398 ( 1 Set Portal - 1 CARD)
  • Penggunaan selama 12 Bulan ( 1 Tahun) untuk semua 2 anak
  • HARGA SEBENAR RM796 ( 1 Set Portal - 2 CARD)

PAKEJ PENJIMATAN

  • Penggunaan selama 60 Bulan (5 Tahun) untuk semua anak
  • HARGA SEBENAR RM 3,980 (5 Set Portal = 10 CARD)
  • HARGA PAKEJ INI HANYA RM2,488 sahaja. Anda JIMAT RM1,492. 

PAKEJ HEBAT

  • HARGA SEBENAR RM11,980 (15 Set Portal = 30 CARD)
  • HARGA PAKEJ INI HANYA RM6,888 sahaja. Anda JIMAT RM5,052. 



1 Kad Portal berharga RM398 adalah utk penggunaan/ akses selama 6 bulan.