Search This Blog

Mengenai Kami

Impian Ideal adalah sebuah syarikat bumiputera yang fokus dalam produk akademik sebagai bahan pelengkap kepada sistem pembelajaran yang telah sedia ada. Latihan yang konsisten akan membuahkan hasil kerja yang berkualiti dan cemerlang seperti ungkapan peribahasa Inggeris, ’Practice makes perfect’.
Misi dan objektif adalah untuk membestarikan generasi alaf baru selari dengan evolusi era digital disamping berganding bahu untuk menjayakan  visi negara ke arah membina generasi Intelek di era globalisasi.
Untuk menjayakan misi dan objektif ini, pihak kami telah dan akan terus mengadakan perkongsian pintar dengan pihak sekolah, yayasan, badan kerajaan, swasta dan agensi-agensi yang lain. Aktiviti-aktiviti perkongsian pintar merangkumi sesi motivasi ilmu dan amal, ceramah akademik, kem akademik dan ibadah, program komuniti bestari, karnival atau expo jualan produk, pendidikan jarak jauh serta penajaan portal  e-Learning untuk golongan pelajar-pelajar terpilih.

Disamping menyediakan produk akademik, Impian Ideal juga menyediakan perkhidmatan Tuisyen berInternet untuk kemudahan komuniti setempat. 

Impian Ideal masih lagi meneroka untuk mengembangkan rangkaian pusat perkhidmatan tuisyen berinternet
( Tel 013-3407576 atau email kepada impianideal@gmail.com )

Sebut harga pakej-pakej Portal Pendidikan eLearning Score A.
  • Pakej Pasaran 'Score A' 
    • RM796 / 2 anak / tempoh akses 12 bulan
    • RM398 / 1 anak / tempoh akses 6 bulan
    • RM50 untuk setiap penambahan bilangan anak ( salinan sijil kelahiran diperlukan )
( Sila hubungi KAMI untuk Pakej 1 Tahun, 1 Famili )

Kami menawarkan perkhidmatan sistem pembelajaran e-Learning melalui produk Portal pendidikan ’Score A’. Produk ’Score A’ telah bertapak di Malaysia semenjak tahun 1999 dan kini mempunyai lebih kurang 100,000 pengguna (Sumber: NST, Tech & U, Isnin 10 Ogos 2009 ) seluruh Malaysia .
Portal pendidikan ’Score A’ adalah produk tempatan yang telah menjadi pelopor dan unggul dibidang e-learning. Konsep akses kendiri ( self-service / self-accessed ) yang diterapkan adalah selari dengan modul pembelajaran Sekolah Bestari yang berasaskan ICT dan pembelajaran berautonomi. Murid berautonomi ialah mereka yang pro-aktif dalam pembelajaran.Golongan ini amat berinisiatif untuk merangcang dan melaksanakan sistem pembelajaran sendiri. Mereka tidak akan menjadi pasif iaitu hanya akan bertindak  jika ada rangsangan dari ibubapa atau guru.
Portal pendidikan’Score A’ merangkumi silibus pelajaran Tahun 1 sehingga Tingkatan 5.  Subjek-subjek yang terdapat di dalam Portal pendidikan ‘Score A’ adalah 100% mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. Subjek-subjek Portal pendidikan ‘Score A’ adalah seperti berikut :
1)      Bahasa Malaysia (BM)
2)      Bahasa Inggeris (BI)
3)      Matematik (  BI dan Bahasa Cina )
4)      Sains ( BI dan Bahasa Cina )
5)      Geografi
6)      Sejarah
7)      Perdagangan
8)      Prinsip Akaun
9)      Ekonomi Asas
10)    Fizik
11)    Biologi
12)    Kimia
13)    Bahasa Tamil
Disamping memasarkan produk Portal pendidikan ‘Score A’ terus kepada pengguna, pihak TWS juga menyediakan pusat perkhidmatan e-learning ‘Score A’ yang berkonsepkan tuisyen berInternet. Pusat tuisyen berInternet IMPIAN IDEAL dilengkapi dengan komputer dan akses Internet. Objektif utama pusat perkhidmatan tuisyen berInternet diadakan adalah untuk memberi peluang kepada golongan pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kemudahan ICT di rumah agar dapat menggunakan frasarana yang disediakan di TWS  untuk melayari portal ’Score A’ , http://www.scorea.com
Walaubagaimanapun, pihak IMPIAN IDEAL mengalu-alukan ibubapa yang mempunyai akses komputer dan Internet di rumah untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tusiyen berInternet IMPIAN IDEAL untuk mendapatkan lebih pengawasan dari segi teknik dan struktur pembelajaran ’on-line’.
Portal http://www.scorea.com/ dilengkapi dengan siri latihan dan nota seperti berikut:
1)      e-Topic
2)      e-Notes
3)      e-Assessment
4)      e-Schema
5)      e-Trial Exam
6)      e-Past Year Exam

 Ciri-ciri menarik portal http://www.scorea.com/ adalah:
1)      Pemarkahan segera / ’Instant marking’
2)      Pemantauan masa / ’ time tracking’
3)      Nota rujukan setiap topik / ’eNotes for each eTopic’’
4)      Rekod prestasi pelajar secara ’on-line’ atau SMS / ’on-line’ eReport Card or SMS’
5)      Merangkumi lebih 200,000 bank soalan dari 88 Sekolah Bestari seluruh Malaysia
6)      3,000 soalan dikemas kini setiap bulan oleh guru-guru pakar dan penggubal soalan-soalan
         UPSR, PMR dan SPM.
7)      Agen pelengkap kepada sistem pembelajaran disamping memudahkan tugas guru dan
        tanggungjawab ibubapa.